FAHAMI APA YANG DIKATA SEBELUM TUDUH RASIS

wpid-img-20150202-wa0027.jpg

Kita menyokong Dato’ Sri Ismail Sabri BUKAN kerana namanya Ismail Sabri. Tetapi APA YANG DIKATAKAN itu adalah punca sokongan.

Apa yang disebut oleh Dato’ Sri Ismail Sabri adalah berkaitan antara PENJUAL/PEMBORONG/PEMBEKAL dan PENGGUNA/PEMBELI. Pembekal boleh menggunakan alasan MINYAK NAIK dan begitu cepat bertindak menaikkan harga barangan, namun tidak cuba menurunkan harga barang (cukuplah ikut harga sebelum naik dulu) apabila minyak turun.

KEBETULAN, golongan Pembekal KEBANYAKKAN terdiri daripada Kaum Cina. Maka, perkara itu telah digunakan oleh sesetengah golongan Cauvinis dan Pelampau untuk melibatkan ia sebagai ISU PERKAUMAN. Sebenarnya tidak begitu pun.

Read more »

Categories: Bicara Siasah | Tags: , , , , , | Leave a comment

WALAUPUN BOSAN, VICE ADA PENGAJARAN

VICE POSTER

Plot yang sungguh lemah. Jalan cerita juga sudah dijangka. Saya mengimpikan babak-babak aksi yang dilakonkan oleh Bruce Willis, tetapi hampa, beliau banyak duduk di kerusi dan bercakap sahaja.

VICE adalah sebuah tempat hiburan kepada orang ramai yang menjanjikan KEBEBASAN. Pengunjungnya boleh melakukan apa sahaja yang normalnya tidak boleh dilakukan di dunia sebenar. Berhubungan seks bebas, dan selepas itu membunuh pasangan seks dibolehkan di VICE.

Read more »

Categories: Uncategorized | Tags: , , , , , | Leave a comment

SUKARELAWAN BUKAN LAGAK JUTAWAN

SUKARELAWAN 1M4U

“Saya tak puas hati dengan misi kita”, kata seorang peserta secara tiba-tiba.

Peserta yang lain tersentak. “Saya rasa seperti dipergunakan urusetia!”, beliau menambah lagi.

Masing-masing melihat sekeliling. Mengapa dipergunakan? Urusetia mendapatkan penjelasan ; “Apa yang kamu tidak puas hati?”.

“Mengapa pula kami kena bersihkan surau? Mengapa perlu membantu membersihkan rumah orang? Bukankah mereka ada keluarga sendiri? Orang kampung ramai-ramai buat apa?”

“Kita tidur pun di asrama, sudahlah tak selesa. Kena kemas asrama kami pulak tu! Makanan pun lambat siap. Memang terasa macam dipergunakan”.

Saya hanya diam apabila mendengar keluhan itu. Mungkin dia tidak faham, mungkin dia ingat misi kesukarelawan macam makan angin dan melancong.

Sepanjang perjalanan ke lokasi operasi kami, di kanan kiri jalan terasa suasana begitu sayu. Ada rumah yang hanya tinggal tapak. Sepanduk “BANTULAH KAMI” dan kanak-kanak juga kaum ibu berkumpul di tepi jalan menunggu bantuan. Kot-kot ada yang berhenti menghulurkan bantuan.

Saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar kesan bencana. Begitu syahdu. Difahamkan kawasan ini TIDAK PERNAH banjir sebelum ini. Disebabkan itulah persiapan menghadapi banjir tidak dilakukan begitu rapi. Penduduk tidak menyangka banjir akan meranapkan rumah mereka.

Hari pertama di Tanah Merah Kelantan. Kami diuji dengan kelaparan. Makanan yang ditempah lewat sampai sehingga menyebabkan kami lesu akibat berjam-jam menempuh perjalanan jauh dari ibu kota.

Namun, ia menginsafkan kami apabila mendengar cerita mangsa banjir di sana yang hanya makan sehari sekali sahaja dengan hanya 30Kg beras untuk dimakan oleh 1000 orang mangsa di pusat pemindahan! Kami lebih beruntung.

Tempat kami menginap hanya sebuah asrama pelajar. Itupun hanya tingkat 1 dan 2 sahaja boleh digunakan. Tingkat Bawah asrama habis digenangi banjir berlumpur. Tambah menyedihkan, kami terputus bekalan air bersih. Pasti menyukarkan untuk membersihkan diri.

Kami ditugaskan untuk membantu membasuh sebuah rumah OKU. Suami isteri berkerusi roda sibuk membersihkan sebuah kedai runcit milik mereka yang juga menjadi tempat tinggal mereka. Barang jualan habis rosak, namun tiada reaksi kecewa di wajah mereka, mungkin redha. Kami berasa sungguh terharu dapat membantu pasangan OKU itu. Semoga Allah memberikan keberkatan-Nya kepada mereka.

Benar. Bagi siapa yang tidak biasa dengan ujian ini pasti menerima GANGGUAN EMOSI. Apa yang boleh kita atasi untuk menjadikan kita redha adalah dengan mengatakan bahawa ; “Ada Orang Lain Lebih Susah Daripada Kita”.

Para Sukarelawan jangan mengimpikan penempatan selesa dan elaun. Inilah sumbangan kita. Apa yang kita dapat adalah, IKTIBAR!

———-
Nukilan Jamal Rafaie yang turut serta dalam sebuah Misi Sukarelawan NGO baru-baru ini.

Categories: Aktiviti, Dakwah, KEMBARA, Kisah Teladan, Perspektif, Rencah | Tags: , , , , , , | 1 Comment

1971 : BANJIR YANG BERMANFAAT

banjir kuala lumpur 1971

Januari 1971, Kuala Lumpur dilanda banjir besar. Banyak kerosakan harta benda berlaku dan kerugian di sana sini.

Kuala Lumpur tenggelam hampir 50% sehingga Perdana Menteri Tun Razak mengisytiharkan darurat dan menubuhkan jawatankuasa peringkat kabinet dalam menangani masalah itu. 57 orang terkorban dalam banjir dan kerugian yang dicatatkan adalah sebanyak RM87.4 juta.

Namun, bagi kebanyakkan masyarakat ketika itu mengatakan bahawa Bah Besar Kuala Lumpur 1971 ‘membersihkan segala kekotoran’.

13 Mei 1969 menjadi sejarah hitam negara kita di mana ketegangan kaum memuncak sehingga menyebabkan pembunuhan dan huru hara. Dua tahun selepas itu, banjir besar melenyapkan keegoan masing-masing.

Banjir, apabila melanda tidak mengenal siapa. Engkau orang besar, orang kecil, rakyat biasa, tak kira kaum, tak kira parti, semua akan terlibat. Mahu tidak mahu semua orang perlu bergandingan untuk terus hidup!

Inilah kasih sayang Tuhan terhadap umat akhir zaman. Jika umat terdahulu Tuhan terus menghukum mereka dengan menenggelam dan menghapuskan mereka, di saat ini Tuhan memberikan kita peringatan dengan musibah supaya kita beringat-ingat.

Rasulullah S.A.W mengajarkan kepada kita untuk mendoakan setiap hujan yang turun memberi manfaat kepada kita walaupun secara zahirnya nampak ianya satu musibah dengan kerosakan harta benda.

Banyak perkara baik dapat diperolehi semasa/selepas banjir, antaranya ;
1. Jalan yang tak pernah diselenggara, penduduk dapat jalan baharu disebabkan jalan tersebut runtuh sebelum ini.
2. Tak pernah makcik-makcik dapat TV baru, tiba-tiba ada pihak beri TV baru.
3. Silaturrahim terjalin dan mungkin sukarelawan banjir dapat jadi menantu mangsa banjir!
4. Rumah yang sudah usang, dapat diganti dengan rumah baharu yang dibina oleh pihak kerajaan.
5. Sistem perparitan yang jarang diselenggara pihak bertanggungjawab sudah mula diambil perhatian.
6. Ikan-ikan yang tak susah ditangkap ‘menyerah diri’ untuk orang ramai.
7. Meruntuhkan sempadan politik dan kesukarelaan.

Banjir 1926 turut meranapkan Istana Sri Sayong yang terletak di tebing Sungai Perak sehingga terpaksa diganti baru dengan Istana Iskandariah yang ada pada hari ini.

Kejadian Banjir Besar pernah berlaku pada 1931, 1947, 1954, 1957, 1967 dan 1971 manakala banjir yang hanya melibatkan negeri-negeri tertentu pula terjadi pada 1973, 1979, 1983 dan 2004.

Bersama kita mengambil iktibar dengan apa yang berlaku. Semoga Allah menggantikan semua kerugian dengan sesuatu yang lebih bermanfaat.

Sumber Info : http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_04.htm

Jamal Rafaie Jakiran
Kuala Selangor

Categories: Info, Kisah Teladan | Tags: , , , , | Leave a comment

Pendatang Asing Ambil Alih Malaysia?

image

Sebelum stesen bas Klang Sentral di Meru beroperasi, stesen bas ekspres terdekat terletak di Bandar Klang. Selalunya saya akan mengambil bas ke Klang dari Pulau Pinang untuk pulang ke kampung halaman, Kuala Selangor.

Daripada stesen bas Klang, saya perlu menaiki bas lompat-lompat bernama Park May atau City Liner untuk sampai ke rumah.

Kalau tak silap saya ketika itu tahun 2007 atau 2008. Saya dapat merasakan bahawa saya sedang berada di LUAR NEGARA. Hanya seorang dua sahaja rakyat Malaysia di dalam bas City Liner berkenaan. Yang lainnya PENDATANG ASING memenuhi bas tersebut.

Seperti ORANG ASING. Tiada bahasa Melayu yang kedengaran, semuanya bahasa Bangla yang saya tidak fahami.

Sebelum menaiki bas, adakalanya saya singgah makan di Restoran Cendol Klang. Restoran ini restoran mamak yang menghidangkan menu Cendol dan Rojak. Memang penuh dengan manusia dan pekerjanya mamak.

Hari ini saya singgah di restoran ini, alangkah terkejutnya saya apabila mendapati pekerjanya sudah berlainan. Saya mengagakkan pekerja mereka daripada bangsa Myanmar atau Nepal (tidak pasti). Hanya cashier sahaja yang mamak.

Saya tidak pasti bagaimana pula dengan perkhidmatan bas, ada lagikah orang Malaysia yang menaiki kenderaan awam itu? Banyak subsidi (pengangkutan awam) yang disediakan kerajaan sebenarnya dinikmati oleh Pendatang Asing.

Dalam tempoh 5 tahun, banyak perubahan berlaku. Pendatang Asing semakin ramai. Yang sedia ada TIDAK PULANG KE NEGARA ASAL dan makin RAMAI PULA YANG DATANG KE SINI.

Saya membayangkan, dalam tempoh 10 tahun lagi. Mereka-mereka ini semakin ramai dan TIDAK MUSTAHIL, mereka menuntut KEWARGANEGARAAN atas alasan ;

1. Kami sudah 20 tahun tinggal di sini, boleh bercakap Bahasa Melayu.

2. Kami juga menyumbang kepada kemajuan ekonomi Malaysia.

Tunggu..

-Jamal Rafaie

Categories: Perspektif, Rencah, Tinta ADMIN | Tags: , , , , | 1 Comment

SALAM 2 JARI Kepada SALAM 2 RIBU

Saya lihat, ramai yang menyanjungi Presiden #Jokowi sejurus sahaja beliau mengangkat sumpah.

Saya juga melihat JENTERA PROPAGANDA beliau boleh dicontohi oleh kita. Mantap, Ringkas & Berkesan.

Sehingga ada seorang pemimpin di Malaysia yang hilang identiti diri sendiri sebab kononnya nak ikut macam Jokowi. Masuk Longkang, Masuk Tingkap dan sebagainya.

Namun, kita harus menyedari bahawa apabila menjadi pemimpin yang diberi TANGGUNGJAWAB, kita kadang kala perlu membuat keputusan yang BETUL & TEPAT tetapi TIDAK SEMESTINYA POPULAR.

Hari ini, kita boleh buka mata terhadap PM Najib. Keputusannya kadang kala TIDAK POPULAR di mata kita.

Adakah dia tidak tahu dirinya dimaki? Adakah dia tidak tahu dirinya dibenci?

BELIAU TAHU, tetapi keputusan perlu dibuat demi tanggungjawab menjaga negara. Berlainan dengan kita yang selalu bercakap perihal diri sendiri dan keluarga sendiri.

Hari ini juga, Presiden Jokowi telah menaikkan harga Bahan Api di Indonesia. Alasannya juga sama seperti PM Najib, kita sebut Rasionalisasi Subsidi, mereka sebut Realokasi Subsidi. Subsidi yang besar daripada situ dapat digunakan kepada PEMBANGUNAN yang lebih utama.

Rakyat kebanyakkan TIDAK MEMAHAMI apa yang berlaku. Jika faham pun, banyak yang berfikir melalui EMOSI daripada RASIONAL.

#Salam2Jari sebagai alat propaganda kempen Jokowi dalam PEMILU, kini menjadi ejekan masyarakatnya sebagai #Salam2Ribu (petrol naik 2000 rupiah) dan #SalamGigitJari.

Apa boleh buat? #BBMNaik

~Jamal Rafaie

Categories: Bicara Siasah, Tinta ADMIN | Tags: , , , , , , , | Leave a comment

Penerangan Musafir Di Tempat Orang

Sahabat saya salah seorang bekas pelajar di Yaman.

Katanya, duduk di negara Yaman tidak terasa perlukan duit sangat, tapi bila pulang ke tanah air, banyak guna duit. Kenapa?

Saya jawab; Bila kita di luar negara, kita ni MACAM Mat Indon, Mat Bangla yang ramai dekat Malaysia ni.

Jarang pulak dengar Mat Bangla buat demo sebab tertekan pasal kos sara hidup, padahal gaji mereka lebih sedikit daripada gaji minimum Malaysia.

Orang Asing ni kurang komitmen, tak bayar duit kereta, duduk kongsi-kongsi, guna kenderaan awam. HANYA fikir kerja, kerja, kerja. Hal keluarga kurang fikir. Asalkan dapat makan, kira ok.

Kalau duduk negara sendiri, kita ada banyak komitmen. Keluarga ada di sini, kenderaan hak milik sendiri, rumah sendiri. Sebab ini RUMAH kita, bukan tumpangan seperti duduk di negara orang.

Duduk di negara orang bagi pelajar, hanya belajar. Bukan untuk BERUMAHTANGGA di sana.

Beliau setuju.

Categories: Kisah Teladan, Perspektif, Rencah | Tags: , , | 1 Comment

Tun M, Lee Kuan Yew & Najib Razak

Di Singapura, Lee Kuan Yew dilantik menjadi Menteri Mentor dan jawatan PM Singapura diambil alih oleh anaknya sendiri.

Tiada kedengaran sangat isu Kroni dan Nepotisme. Parti PAP juga tak pernah kalah dalam PRU. Maknanya, kroni ke, nepotisme ke, BUKAN satu MASALAH BESAR dalam politik.

Janji pandai mengurus negara dan tidak menekan rakyat. Rakyat tak ambil kisah pun.

——————–

Zaman Tun M, beliau juga mempunyai Kumpulan Pemikir sendiri. Tun M sedar bahawa beliau BUKAN ahli DALAM SEMUA BIDANG. Maka, diambilnya Tun Daim sebagai kawan rapat yang membantu dalam bidang ekonomi. Juga membawa masuk Anwar Ibrahim ke dalam UMNO kerana dilihat Anwar mempunyai pengaruh yang besar ke atas akar umbi.

Tun M juga MERAIKAN KELEBIHAN yang ada dengan musuh politik dalam partinya sendiri. Sebagai contoh ; ketika Ku Li bertanding melawan Musa Hitam untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Ku Li tewas, Tun M MASIH melantik Ku Li sebagai Menteri Kabinet walaupun Ku Li tiada jawatan dalam parti.

Kerana Tun M berpendapat, Ku Li juga mempunyai pengikut sendiri dalam parti dan jika ‘membuang’ Ku Li, pastinya Tun M tidak mendapat sokongan padu dalam UMNO.

Hatta, setelah Ku Li keluar daripada UMNO dan menubuhkan parti Semangat 46, Tun M masih menerima kemasukan semula Ku Li dalam UMNO walaupun Ku Li menjadi musuh politiknya sendiri.

Tiada istilah POLITIK BALAS DENDAM. Kerana Tun M berpendapat bahawa setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing dan mereka perlu diberikan tempat dalam parti atau kerajaan untuk sama-sama memberi IDEA MEMBANGUN NEGARA.

———————

Zaman Pak Lah & DS Najib, saya tidak pasti kenapa mereka tidak menggunakan khidmat Tun M sebagai PENASIHAT PARTI & KERAJAAN. Sedangkan Tun M mempunyai idea dan pengasas Wawasan 2020.

Yang diambilnya sebagai Penasihat Ekonomi adalah Tokoh Korporat Ekonomi & Ahli Politik yang mempunyai agenda peribadi SEMATA-MATA.

BUKAN kita tidak mengiktiraf kelebihan Orang Korporat, tetapi kita perlu ingat bahawa PM menguruskan KERAJAAN & bukannya sebuah SYARIKAT.

KERAJAAN berkait dengan RAKYAT/PENGUNDI. Jika keputusan yang dibuat oleh Kerajaan itu menekan rakyat dan tidak mengambil kisah tentang masalah rakyat. Rakyat AKAN MARAH.

Rakyat tidak mahu tahu keuntungan kerajaan, rakyat tidak mahu tahu hutang kerajaan, rakyat HANYA mahu tahu; Adakah keputusan Kerajaan itu memberi kesenangan kepada mereka. Itu sahaja.

Kepada DS Najib, tuan dah lama dalam politik. Jangan tersilap pilih PENASIHAT. Saya cadangkan, ambil Tun M sebagai PENASIHAT UMNO & KERAJAAN.

Biarlah orang nak kata PM Remote Control. Saya lebih rela DS Najib jadi Remote Control Tun M daripada jadi MB Remote Control macam Azmin Ali yang dikawal Anwar Ibrahim.

Sekian.

————-
Jamal Rafaie
Kuala Selangor
Calon Ahli Parlimen Belia Malaysia (SELANGOR)
6 Oktober 2014

Categories: Bicara Siasah, DOKTOR UMUM | Tags: , , , | Leave a comment