• Aktiviti,  Dakwah,  KEMBARA,  Kisah Teladan,  Perspektif,  Rencah

    SUKARELAWAN BUKAN LAGAK JUTAWAN

    “Saya tak puas hati dengan misi kita”, kata seorang peserta secara tiba-tiba. Peserta yang lain tersentak. “Saya rasa seperti dipergunakan urusetia!”, beliau menambah lagi. Masing-masing melihat sekeliling. Mengapa dipergunakan? Urusetia mendapatkan penjelasan ; “Apa yang kamu tidak puas hati?”. “Mengapa pula kami kena bersihkan surau? Mengapa perlu membantu membersihkan rumah orang? Bukankah mereka ada keluarga sendiri? Orang kampung ramai-ramai buat apa?” “Kita tidur pun di asrama, sudahlah tak selesa. Kena kemas asrama kami pulak tu! Makanan pun lambat siap. Memang terasa macam dipergunakan”. Saya hanya diam apabila mendengar keluhan itu. Mungkin dia tidak faham, mungkin dia ingat misi kesukarelawan macam makan angin dan melancong. Sepanjang perjalanan ke lokasi operasi kami,…

  • Bicara Siasah,  Motivasi,  Perspektif,  Rencah,  Tinta ADMIN

    KBS : Jangan Lebihkan Sukan Dari Belia

    1. Tahniah untuk YB Khairy Jamaluddin di atas pelantikan sebagai Menteri Belia Dan Sukan yang baharu. Ramai orang muda termasuk saya menyambut baik pelantikan ini. Kementerian yang menjaga kepentingan orang-orang muda perlu dipimpin oleh orang muda itu sendiri, terima kasih juga kepada Dato’ Seri Najib di atas kepercayaan ini. 2. Saya pernah menyampaikan isi hati saya dalam satu perjumpaan belia. Saya kata, orang-orang muda ketika ini kurang pengisian dalam dirinya. Tidak kira pengisian jati diri ataupun kerohanian. Saya juga bertanya kepada mereka, mengapa ramai orang muda di Malaysia sanggup turun ke jalanan untuk berdemonstrasi? 3. Mengapa mereka sanggup buat baju proganda dan sanggup membelinya sendiri tanpa diberi percuma? Mengapa mereka…