23 : Hadiah Buat Diri Sendiri

Di Masjid Raya, Medan Indonesia sewaktu Shooting Imam Muda 3

Tarikh 12 Mei 2012, genap umur saya 23 tahun.

Kebetulan juga, tarikh 12 Mei 2012 kita turut menyambut Hari Ibu. Saya begitu sibuk ketika ini sehinggakan tidak sempat untuk menghubungi Mama di kampung untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu.

Tidak disangka-sangka, sebelum sempat saya menghubungi keluarga di kampung, mereka terlebih dahulu menghubungi saya untuk mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada saya.

Secara tidak disangka juga, adik-adik saudara turut menyanyikan lagu ALLAH SELAMATKAN KAMU beramai-ramai melalui telefon. Saya juga melihat video ucapan mereka dimuatkan ke dalam Facebook. Subhanallah, sungguh terharu!

Continue reading