• Bicara Siasah,  Info,  Kisah Teladan,  Perspektif,  Rencah

    “Ini Uftinya Tuanku”

    Ketika saya menulis perkara ini, jam 2 pagi, 2 April 2015. Makna kata, sudah masuk hari kedua, Malaysia memasuki era baharu dalam sistem percukaian negara. Seolah-olah hari raya. Ia diraikan begitu meriah sehingga banyak pantun-pantun persis mesej Malam Raya. Dan begitu banyak resit-resit muncul di media sosial. Bagusnya tentang cukai baharu ini ; rakyat Malaysia sedar untuk melihat resit pembelian mereka yang selama ini dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah (melainkan kalau nak claim). Hari ini baru mereka tahu, apa yang mereka belanjakan. Sistem percukaian kepenggunaan kita sudah bermula pada 29 Februari 1972 dan bukannya tiba-tiba muncul pada 1 April 2015. Ada dengar-dengar kata sekarang muncul pula dakwaan “Cukai…