• Bicara Siasah,  Info,  KEMBARA,  Tinta ADMIN

    Angkara asing: Apa yang Turki dan Malaysia boleh belajar?

    Oleh : Zaini Hassan (CUIT – Utusan Malaysia) NOSTALGIA saya ke Istanbul, Turki tahun lalu masih jelas di fikiran. Ia adalah sebuah negara anugerah Allah Taala yang tiada tolok-bandingnya. Ia adalah tapak kegemilangan Islam ke seluruh pelosok dunia – ke China, Asia Tengah dan sebahagian Eropah. Suku sakat orang-orang Turki juga merantau sehinggalah ke gugusan Melayu ini – ke nusantara Indonesia, Singapura dan Tanah Melayu. Datuk Moehamad Izat Emir, usahawan terkenal Malaysia juga adalah dua generasi keturunan dari Turki. Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein juga antara keturunannya. Pendek kata semangat Othmaniah menjalar ke mana-mana. Semasa kunjungan saya ke Istanbul tahun lalu, saya cuba mempelajari semangat Hizmet, satu semangat kesukarelaan atau…