• Bicara Siasah,  Perspektif,  Tongkat Bangsaku

    Golongan Kiri & Golongan Kanan Menentang Kerajaan

    Dalam sejarah negara menentang Malayan Union, kita tahu bahawa ada dua golongan yang dikenali sebagai golongan BERHALUAN KIRI dan golongan BERHALUAN KANAN. Contoh golongan berhaluan kiri adalah Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Parti Komunis Malaya (PKM) dengan tokohnya seperti Allahyarham Ahmad Boestamam. Golongan berhaluan kiri selalunya bersifat radikal. Manakala golongan berhaluan kanan pula terdiri daripada persatuan-persatuan yang mengumpulkan pemikir dan kumpulan persuratan. Gerak kerja mereka selalunya diplomatik dan aman. Contohnya Persatuan Melayu Kedah, Persatuan Melayu Singapura dan banyak lagi persatuan lain sehingga terwujudnya parti PERKEMBAR atau United Malay National Organisation (UMNO) pada 11 Mei 1946. Kedua-dua golongan ini mempunyai tujuan yang sama iaitu membebaskan negara daripada cengkaman…