• Uncategorized

    WALAUPUN BOSAN, VICE ADA PENGAJARAN

    Plot yang sungguh lemah. Jalan cerita juga sudah dijangka. Saya mengimpikan babak-babak aksi yang dilakonkan oleh Bruce Willis, tetapi hampa, beliau banyak duduk di kerusi dan bercakap sahaja. VICE adalah sebuah tempat hiburan kepada orang ramai yang menjanjikan KEBEBASAN. Pengunjungnya boleh melakukan apa sahaja yang normalnya tidak boleh dilakukan di dunia sebenar. Berhubungan seks bebas, dan selepas itu membunuh pasangan seks dibolehkan di VICE. Share

  • Bicara Siasah,  Dakwah,  Kisah Teladan,  Perspektif

    Budak Melayu Pergi Kuil

    Saya dah beberapa kali menghadiri makan malam yang dianjurkan organisasi Cina. Setiap kali makan malam tersebut, kami (tetamu Melayu) diberikan satu meja khas yang dijamu dengan KFC. Mereka juga tahu budaya dan tuntutan agama orang-orang Melayu (makanan) yang dikhuatiri tidak halal buat orang Islam. Maka mereka menghormati kerana tahu tentang halal haram makanan dalam Islam. Kerana itulah kita perlu meraikan (hormat) rakan-rakan kita dari bangsa dan agama yang berlainan kerana dengan mengetahui budaya masing-masing, kita boleh berhati-hati untuk tidak mengguris hati dan hidup dalam keadaan harmoni. BUDAK MELAYU TIDUR DI KUIL Zaman dulu-dulu budak Melayu pergi ke Kuil dan membantu rakan-rakan India memasang khemah untuk program jamuan makan. Perayaan Thaipusam…

  • Bicara Siasah,  Tongkat Bangsaku

    Sebuah Negara Bernama BANGLASIA

    1. Arwah datuk saya sebelah bapa berasal daripada Dhaka, Bangladesh. Arwah berhijrah ke Tanah Melayu sekitar tahun 1940-an dan berkahwin di sini. Secara tidak langsung, diri saya mempunyai darah kacukan orang Bangladesh yang disebut sebagai Benggali. Namun, kami tidak kenal seorang pun saudara mara di sana. 2. Hujung tahun lalu (2013), bapa saya mengambil keputusan untuk melawat Bangladesh. Katanya mahu ‘menepuk bumi’ Bangladesh bagi mengenangkan tanah kelahiran arwah bapanya. Harapannya begitu besar untuk melihat bumi itu, bukannya untuk melancong suka-suka, tetapi untuk menggamit ingatan kepada asal usul keturunan kami. 3. Penerbangan ke Dhaka ditunda beberapa jam dari jadual asal. Mungkin ada hikmahnya kerana apabila sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa…

  • Bicara Siasah,  KEMBARA,  Perspektif,  Rencah,  Tinta ADMIN,  Tongkat Bangsaku

    Azam Baru Ikan Pekasam

    Saya baru balik daripada Alor Setar. Ada kawan saya pesan supaya jangan lupa membeli ikan pekasam di Pekan Rabu. Memang banyak ikan pekasam di sana dan kata orang, lagi lama ikan pekasam direndam, lebih sedap! Saya kurang makan ikan pekasam, jadi saya tidak membelinya. Menu tambahan orang melayu ialah ikan pekasam, budu, belacan, cencalok dibuat daripada hasil laut yang diperam. Walaupun orang kata bau makanan itu kurang enak tetapi ianya membuatkan kita lebih berselera untuk makan! Benar juga, kalau tak dapat belacan memang tak sedap. Orang Kelantan, kalau tak ada budu dalam nasi kerabu memang tak dipanggil nasi kerabu. Itulah budaya orang kita, lebih lama lebih sedap! Cerita pasal azam…