• Bicara Siasah,  DOKTOR UMUM,  Perspektif

    Tun M : Kos Kerajaan

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah penasihat terbaik negara, tidak perlu kerajaan bayar konsultan berbillion ringgit yang tak pernah sertai politik. Mereka itu tiada political mileage dan hanya tahu bagaimana untuk mendapat duit yang banyak untuk menampung kenaikan kos yang kerajaan tanggung. Kita harus ingat, kerajaan berurusan dengan rakyat bukan berurusan dengan pelanggan. Kocek kena jaga sebab undi lebih penting daripada puji-pujian) KOS KERAJAAN 1. Kerajaan memerlukan wang. Kerajaan tidak boleh berfungsi tanpa wang. Kerajaan perlu bayar ramai orang yang bekerja untuk kerajaan. Kerajaan juga membekalkan perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur. Dan sekarang kerajaan turut bertanggungjawab menyediakan kemudahan sosial seperti pendidikan, perubatan penjagaan dan lain-lain. Dan sudah tentu kerajaan berperanan mempertahankan negara…

  • Bicara Siasah,  Perspektif

    Pesanan Dr Mahathir Untuk UMNO

    Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), UMNO yang bertanding bukan seperti UMNO yang ditubuhkan pada 1946. Sebenarnya UMNO 2013 amat berbeza daripada UMNO dahulu. UMNO bukan lagi dihormati oleh orang Melayu. Kesetiaan dan sokongan orang Melayu kepada parti yang berjaya memerdekakan negara, berjaya membangunkan negara, berjaya menebus balik maruah orang Melayu, bukan sahaja sudah hilang tetapi kerap dipandang hina oleh mereka dan juga bangsa lain, terutama dalam kalangan generasi muda. Kenapakah? Sebabnya UMNO sudah tidak lagi berpegang kepada perjuangan asalnya, perjuangan untuk bangsa, agama dan negara. UMNO dianggap sebagai parti yang berjuang hanya untuk orang tertentu dalam parti, orang yang menjadi ketua di peringkat cawangan, bahagian dan seterusnya, berjuang untuk…

  • Bicara Siasah,  Review

    Tun M : Sudah Kenal Baru Celik Mata

    SATU fenomena yang kita lihat menjelang PRU 13 ialah pemisahan dari parti Pas, PKR dan DAP begitu ramai dari orang kuat mereka. Ia bermula dengan Chandra Muzaffar, Timbalan Presiden Keadilan dan Zainur Zakaria beberapa tahun dahulu. Sejak itu satu demi satu pemimpin parti-parti ini telah letak jawatan dan menjauhkan diri dari parti. Ada yang dengan lantang mengecam parti dan mendedah keburukan parti yang disertai oleh mereka dahulu. Di antara yang berpisah dari PKR ialah Zulkifli Noordin, Ruslan Kassim, Zahrain Hashim, Wee Choo Keong, Ezam Mohd Noor, Marina Yusof, Aminah Abdullah, Tan Tee Beng, Nallakarupan, Saidatul Said Keruak dan lain-lain. Dari DAP yang meninggalkannya ialah Tunku Abdul Aziz dan beberapa lagi.…

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Rencah,  Review

    [TUN M] : Melayu Malu Mereka Melayu

    SAYA diberitahu ada muda mudi Melayu yang tolak bangsa mereka sendiri. Mereka berasa malu kerana mengakui mereka Melayu menjadikan mereka rasis kononnya. Seseorang yang dicap sebagai rasis bermakna mereka berfikiran sempit, tidak liberal, tidak menepati zaman. Lebih-lebih lagi jika mereka diberi layanan yang istimewa kerana kemelayuan mereka. Ini tidak adil. Sejak terlibat dengan usaha menebus maruah orang Melayu saya tidak segan-segan mengaku saya Melayu. Saya biasa hidup di zaman penjajah. Orang Melayu dan negeri Melayu dijajah oleh bangsa Portugis, Belanda, British, Jepun dan Siam. Semasa dijajah orang Melayu dipandang hina oleh penjajah. Saya biasa lihat orang Melayu ditendang di kepala hanya kerana tidak menghormati lagu kebangsaan bangsa penjajah. Penjajah tetap…

  • Bicara Siasah,  Perspektif

    [TUN M] : Siapa Tipu Siapa?

    1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang. 2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional. 3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA. Share

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Rencah,  Review

    [TUN M] : Bahana Agama Dipolitikkan

    APABILA agama dijadikan isu politik, tak dapat tidak ia akan tercemar. Politik kerap kotor. Apabila yang bersih dicampur dengan yang kotor, yang bersih akan jadi kotor, bukan sebaliknya. Kita sedang menyaksikan pencemaran ini berlaku kepada agama Islam bukan sahaja oleh musuh Islam tetapi oleh orang Islam sendiri. Kehormatan terhadap agama, Nabi bahkan Allah sudah berkurangan. Sudah ada pemuda Melayu yang sanggup berkata, “Kenapa kita perlu lindungi Nabi, Nabilah yang patut lindungi kita”. Seorang lagi pemuda Melayu dalam surat kepada seorang VVIP Melayu berkata, “Allah bukan ada ‘patent rights’. Siapa pun boleh guna Allah. Semasa lawatan Ratu Elizabeth ke Malaysia untuk Sidang Komanwel pada 1989, baginda tidak dibenar melawat masjid Shah…

  • Bicara Siasah,  Review

    Tun M : Jangan Perjudikan Nasib Negara [WAJIB BACA]

    KE MANA sahaja saya pergi, di Malaysia atau luar negara, saya akan ditanya bila pilihan raya akan diadakan. Saya harap saya tahu jawapannya tetapi Perdana Menteri tidak memberitahu saya apa-apa, dan lazimnya hanya Perdana Menteri yang boleh menentukan tarikh tersebut. Sudah tentu tarikh itu tidak boleh melangkaui tempoh lima tahun hayat Parlimen. Soalan seterusnya ialah sama ada Barisan Nasional (BN) akan menang. Jawapan saya BN akan menang. Tetapi sebesar mana kemenangan itu sangat penting. Malaysia tidak boleh ditadbir oleh Parlimen yang berbelah-bahagi (hung parliament) atau sebuah kerajaan yang lemah. Keduanya tidak baik untuk Malaysia kerana semua akan tumpu kepada politik dan ekonomi serta pembangunan akan diketepi. Ramai yang berkata Perikatan/BN…

  • Bicara Siasah,  Review

    Tun M : Taksub – Assabiah

    HARI ini kita lihat orang Islam bukan sahaja tidak bersatu tetapi pecah seribu dan sering berperang sesama mereka. Dengan itu mereka menjadi lemah dan mudah dikuasai oleh musuh Islam. Keadaan ini berlaku kerana ketaksuban pengikut pentafsir-pentafsir agama Islam. Bagi mereka – guru, imam atau pemimpin mereka lebih utama dan lebih tepat ajaran Islam mereka daripada al-Quran dan hadis yang sahih. Walau apa pun yang dilakukan oleh guru dan pemimpin mereka, walaupun jelas bertentangan dengan ajaran yang terdapat dalam al-Quran dan hadis-hadis yang sahih, mereka tetap akan terima pendapat guru mereka tanpa soal. Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang berasas kepada wahyu daripada Allah SWT hanyalah satu. Tetapi…