• Ulasan Buku

    ULASAN : Buku Keldai Dan Kitab

    Kita sering menyangka bahawa suara majoriti semestinya betul. Apa yang dikatakan oleh ramai orang, selalunya turut dikatakan oleh kita untuk menjaga prestasi kita agar tidak dituduh melawan arus. Tidak kiralah perkara itu adalah benar atau tidak, prinsip “Bercakap Benar Walaupun Pahit” memang pahit untuk diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Itulah yang digambarkan oleh penulisnya Azman Hussin menerusi buku terbaharunya berjudul Keldai Dan Kitab. Tajuk bukunya penuh dengan sindiran membina kepada masyarakat. Share