• Bicara Siasah,  Tinta ADMIN

    Logo RABIA Ditarik Balik

    1. Saya menarik semula penggunaan Logo RABIA yang popular di media sosial dalam Facebook saya selepas membaca dan memerhati beberapa perkara. 2. Saya tidak tahu bagaimana mahu berhati-hati menulis tentang perkara ini. Kemungkinan besar tindakan saya ini akan mendapat tentangan daripada sesetengah pihak. 3. Mungkin ada yang mengatakan saya Sekular, mungkin juga penyokong Hosni Mubarak atau orang rapat Jeneral As-Sisi kerana menarik semula logo RABIA daripada Facebook saya. Mulut orang sukar diduga, manusia sering berfikiran dangkal menuduh orang lain sewenang-wenangnya. 4. Tidak menggunakan simbol EMPAT JARI bukan bermaksud saya menyokong tindakan perampas kuasa di Mesir. Juga tidak bermakna saya tidak mengambil tahu tentang keadaan orang Islam yang ditindas di seluruh…