• Bicara Siasah,  DOKTOR UMUM,  Perspektif

    Tun M : Kos Kerajaan

    (Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah penasihat terbaik negara, tidak perlu kerajaan bayar konsultan berbillion ringgit yang tak pernah sertai politik. Mereka itu tiada political mileage dan hanya tahu bagaimana untuk mendapat duit yang banyak untuk menampung kenaikan kos yang kerajaan tanggung. Kita harus ingat, kerajaan berurusan dengan rakyat bukan berurusan dengan pelanggan. Kocek kena jaga sebab undi lebih penting daripada puji-pujian) KOS KERAJAAN 1. Kerajaan memerlukan wang. Kerajaan tidak boleh berfungsi tanpa wang. Kerajaan perlu bayar ramai orang yang bekerja untuk kerajaan. Kerajaan juga membekalkan perkhidmatan dan kemudahan infrastruktur. Dan sekarang kerajaan turut bertanggungjawab menyediakan kemudahan sosial seperti pendidikan, perubatan penjagaan dan lain-lain. Dan sudah tentu kerajaan berperanan mempertahankan negara…