• Bicara Siasah,  Info,  Perspektif,  Rencah

    Tongkat Bangsaku

    “Dalam keghairahan kita melaksanakan dasar untuk membantu kaum bumiputera, kita kurang memberi perhatian kepada soal KUALITI. apa yang diutamakan adalah kuantiti dan amat kurang menekankan pembinaan KEUPAYAAN dan MENAMBAH NILAI. Kaum bumiputera dianggap kurang mempunyai daya saing dan ketahanan. Maka timbullah anjuran melahirkan perubahan besar dalam sikap, revolusi mental untuk bumiputera. Bumiputera telah digesa agar lebih berdikari, lebih mengutamakan ilmu pengetahuan dan lebih rajin. Revolusi mental amat penting dalam menghadapi dunia yang semakin tinggi daya saingnya. Ekonomi negara kini menghadapi tekanan luaran ; produk kita menghadapi persaingan daripada negara lain. Jika kita lambat mengubah sikap, jika kita tidak meningkatkan daya saing, akan terlepaslah pelaburan, kerja dan peluang niaga kepada negara…