• Info,  KEMBARA

    Sejarah Nama Kuala “Selangor” – Siri 4

    Kita sudah mengetahui versi sebelum ini bahawa nama asal Selangor diambil daripada Se-Langau, Salang Jemur dan Pohon Mentangau. Versi kali ini agak berbeza, Dalam buku sejarah tempatan yang ditulisĀ oleh orang Portugis, Belanda dan Inggeris yang pernah datang ke Tanah Melayu, menulis dalam bahasa Latin. Nama ini kemudiannya ditulis oleh Allahyarham Tuan. Hj. Buyong Bin Adil iaitu ; SALANGOR, SALENGOR, SOLONGOR, SORLONGOR, SORLANGAR, SARA HONGOR, CHALANGOR dan CHARANGUROR. Barbosa, seorang bangsa Portugis menulis dalam tahun 1516, menyatakan SARA HANGOR (Sara Langor) iaitu berasal daripada Sarang Lang (sarang burung helang) iaitu nama sebuah kampung yang terdapat di pinggir Sungai Selangor sekarang ini. New Bold 1839 mencadangkan dari perkataan CALLONGOR (Kalang Ur) seperti…