• Jom Makan-Makan,  Kisah Teladan,  Perspektif,  Review

    CENDOL BAKAR PUNCANYA!

    Simpang Kg. Baru Assam Jawa Kuala Selangor dahulunya hanya ada sebuah stesen minyak. Stesen itu memang menjadi tumpuan penduduk mengepam minyak bagi kegunaan kenderaan mereka. Betul-betul dekat simpang itu juga ada seorang pakcik menjual nanas potong. Selalunya tiap-tiap petang bapak saya gemar singgah untuk membeli nanas di gerai menjual buah-buahan itu. Setelah beberapa lama, masih kekal gerai buah yang kecil dan stesen minyak tadi. Hanya itu aktiviti ekonomi yang berjalan di Kg. Assam Jawa. Kini, nama Kg. Assam Jawa sudah dikenali di seluruh negara. Kerap kali dokumentari berkenaan kawasan itu tersiar di dada akhbar atau di kaca televisyen. Ianya berkaitan tentang sebuah gerai Cendol berkonsep Drive Thru yang jarang-jarang dilihat…