• Bicara Siasah,  Perspektif

    TUN M : UMNO DAHULU UMNO SEKARANG

    1. Pada 11hb. Mei 2013, UMNO merayakan hari penubuhannya yang ke 63 dengan sembahyang dan tahlil, ucapan bersemangat dari Presiden Najib Tun Razak dan majlis makan malam. Tetapi UMNO pada 2013 ini bukanlah sama dengan UMNO 1946. 2. Pada 1946, pengasas UMNO yang berkumpul di Johor Baru bersemangat untuk menyelamatkan bangsa Melayu dari kehilangan bangsa mereka, dari kehilangan tanahair mereka, dari menjadi rakyat sebuah tanah jajahan British dan hilangnya Melayu di dunia. 3. Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO pada masa itu ialah untuk bangsa, agama dan tanahair. Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah…

  • Bicara Siasah,  Review

    Tun M : Sudah Kenal Baru Celik Mata

    SATU fenomena yang kita lihat menjelang PRU 13 ialah pemisahan dari parti Pas, PKR dan DAP begitu ramai dari orang kuat mereka. Ia bermula dengan Chandra Muzaffar, Timbalan Presiden Keadilan dan Zainur Zakaria beberapa tahun dahulu. Sejak itu satu demi satu pemimpin parti-parti ini telah letak jawatan dan menjauhkan diri dari parti. Ada yang dengan lantang mengecam parti dan mendedah keburukan parti yang disertai oleh mereka dahulu. Di antara yang berpisah dari PKR ialah Zulkifli Noordin, Ruslan Kassim, Zahrain Hashim, Wee Choo Keong, Ezam Mohd Noor, Marina Yusof, Aminah Abdullah, Tan Tee Beng, Nallakarupan, Saidatul Said Keruak dan lain-lain. Dari DAP yang meninggalkannya ialah Tunku Abdul Aziz dan beberapa lagi.…

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Rencah,  Review

    [TUN M] : Melayu Malu Mereka Melayu

    SAYA diberitahu ada muda mudi Melayu yang tolak bangsa mereka sendiri. Mereka berasa malu kerana mengakui mereka Melayu menjadikan mereka rasis kononnya. Seseorang yang dicap sebagai rasis bermakna mereka berfikiran sempit, tidak liberal, tidak menepati zaman. Lebih-lebih lagi jika mereka diberi layanan yang istimewa kerana kemelayuan mereka. Ini tidak adil. Sejak terlibat dengan usaha menebus maruah orang Melayu saya tidak segan-segan mengaku saya Melayu. Saya biasa hidup di zaman penjajah. Orang Melayu dan negeri Melayu dijajah oleh bangsa Portugis, Belanda, British, Jepun dan Siam. Semasa dijajah orang Melayu dipandang hina oleh penjajah. Saya biasa lihat orang Melayu ditendang di kepala hanya kerana tidak menghormati lagu kebangsaan bangsa penjajah. Penjajah tetap…

  • Bicara Siasah,  Perspektif

    [TUN M] : Siapa Tipu Siapa?

    1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan dengan terang. 2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS menyertai Barisan Nasional. 3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna dia bertanggung jawab terhadap FELDA. Share

  • Bicara Siasah,  Perspektif,  Review,  Tinta ADMIN,  Ulasan Buku

    Aku Menulis Tanpa Segan

    Kata orang, nak menulis dengan baik kita seharusnya banyak membaca. Membaca itu jambatan ilmu, dan ilmu itu datangnya dari banyak cara. Pembelajaran secara formal atau tidak formal, pengalaman, ilham dan sebagainya. Tetapi pokoknya, ilmu itu harus dicari dan tidak hanya tunggu bulan jatuh ke riba. Zaman dahulu, penulis hanya terdiri daripada orang-orang berpengaruh, wartawan dan orang berpendidikan. Ruangannya juga agak terhad, sebagai contoh Tun Dr. Mahathir mula menjadi penulis ketika melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Singapura. Beliau beruntung kerana ketika itu tidak ada blog dan tidak banyak surat khabar yang diterbitkan, tetapi tulisan Tun berjaya diterbitkan dan dibaca oleh ramai orang dengan nama pena CHE DET. Jika disoroti kembali pengalaman…