• Bicara Siasah,  Dakwah,  Info,  Motivasi,  Perspektif,  Rencah

    Keji VIP, Bagaimana Pula Jika Kita Jadi VIP?

    1. Saya sering mendengar keluhan sesetengah orang ketika berasak-asak dalam program yang dihadiri oleh pemimpin negara seperti Rumah Terbuka. Katanya ; “Kenapa kita kena beratur ambil makanan? Kenapa VIP ada tempat khas mereka? Kata dahulukan rakyat!”. 2. Saya berasa khuatir orang seperti ini akan rosak di kemudian hari. Mengapa? Kerana sewaktu menjadi rakyat biasa pun sudah menuntut hak yang bukan haknya, angkuh pula dengan kata-katanya, bagaimana pula jika ditakdirkan Allah menjadi VIP di suatu hari nanti? 3. Berpijaklah di bumi yang nyata dan tanya satu soalan kepada diri kamu sendiri, “Siapa Aku?”. 4. Itulah lumrah dunia. Walaupun kita sama darjat di sisi Allah, yang mana Allah tidak memandang kepada rupa…