JOM TIRU MACAM SAYA!

Semangat untuk mempromosikan kepada orang lain - Gambar Hiasan

Saya ke sebuah Universiti bersama UNIC untuk membuat persembahan sempena majlis konvokesyen kampus tersebut.

Setiap kali Pesta Konvo, pastinya diadakan juga Karnival jualan dan pameran oleh Universiti. Saya turut mengambil peluang untuk bersiar-siar di sekitar karnival itu dan terjadilah sebuah cerita.

“Awak student ke?”, saya bertanya kepada seorang peniaga wanita di karnival itu.

Gerainya menjual barangan aksesori wanita seperti beg, alatan solekan wanita, baju dan lain-lain lagi.

“Ye saya, saya student sini”, beliau menjawab.

“Oo. Minat jual barang-barang macam ni ke?”, saya bertanya lagi.

“Bukan saya minat menjadi peniaga, tapi sebab saya nak promosikan kepada orang lain. Saya suka bersolek dan bergaya dengan barang-barang macam ni. Saya jual barang-barang ni sebab saya nak orang lain jadi macam saya juga”, beliau menerangkan.

Continue reading

KAMU ADA 5 MINIT SAHAJA!

Jemaah dakwah pergi menemui seorang usahawan yang berjaya. Perjumpaan mereka sekadar untuk berbincang tentang iman dan amal.

“Saya tengah sibuk. Kamu ada 5 minit sahaja untuk sampaikan dakwah kamu!”

“Tuan yang mulia. Tuan seorang usahawan yang berjaya, boleh tak tuan ceritakan susah payah dan kejayaan tuan dalam perniagaan? Ceritakan dalam masa 5 minit sahaja.”

Usahawan itu terpinga-pinga.

“Apa yang kamu merepek ni? Kejayaan saya, penat lelah saya dari dulu sampai sekarang bukan sikit-sikit. Kamu pula suruh cerita dalam 5 minit? Mana boleh habis!”

“Kejayaan tuan hanya kisah tuan sahaja, tetapi agama adalah kisah untuk seluruh alam. Adakah 5 minit cukup untuk cerita tentang agama?”.

Usahawan itu tersentak!

Manusia sering memperkecilkan agama dan dakwah. Sebaliknya, terlalu membesar-besarkan kejayaan dunianya. Itulah anggapan nilaian iman dan kekayaan dunia pada kebanyakkan manusia.

Continue reading