• Info,  KEMBARA

    Sejarah Nama Kuala “Selangor” – Siri 2

    Dalam siri sebelum ini, kita sudah tahu bahawa salah satu versi yang mengatakan asal usul nama SELANGOR adalah berasal daripada nama seekor Langau. Selangau jadi Selangor. VERSI SALANG JEMUR Ada juga versi lain yang diceritakan oleh Encik Hassan Bin Saad (berumur 80 tahun semasa tahun 1996 yang tinggal di Kg. Assam Jawa). Ujar beliau nama asal Selangor adalah berasal daripada perkataan SALANG dan JEMUR. SALANG adalah sejenis hukuman bunuh yang ditikam dengan keris di bahagian rusuk sementara tangan terdepang dan diikat. Selepas hukuman SALANG itu dilakukan, orang yang dibunuh itu akan diJEMUR. Menurut ceritanya, peristiwa ini berpandukan dengan suatu tempat di pinggir sungai yang dijadikan tempat menghukum penderhaka oleh penguasa…