• Bicara Siasah,  Kisah Teladan,  Tongkat Bangsaku

    Mengapa Melayu Perlu Marah?

    Pendapat saya, orang Melayu marah apabila hak istimewa kita dipertikai dan ditarik sedikit demi sedikit. Tetapi sewaktu masa kuat dahulu, berapa ramai yang gunakan peluang yang diberi dengan sebaiknya? Diberi pinjaman perniagaan khas Bumiputera, duit itu buat pergi joli. Orang suruh kembang perniagaan, dia pergi beli TV Plasma. Diberi bantuan alatan perniagaan, dijualnya buat beli kereta baru (walaupun second hand). Diberi saham percuma, jual saham ramai-ramai untuk dapat keuntungan segera. Dapat projek di’Ali Baba’kan. Tahu dapat projek makan komisen. Minta bantuan bayar tunggakan bil elektrik, dapat duit pergi tukar Sport Rim. Bulan depan minta bantuan lagi. Dapat bantuan pendidikan, asal ada demo semua pergi berguling. Sorang Melayu kaya, semua dengki…