• Bicara Siasah,  Tinta ADMIN

    Jangan Panggil Saya YB

    (Sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran ayah saya yang ke 61) PRU 13 telah berlalu. Saya turut serta secara langsung dalam kempen Pilihan Raya bersama-sama jentera parti dan ayah saya, calon BN untuk DUN Bukit Melawati. Sebelum ini saya tidak berapa merasai bagaimana berdepan dengan rakyat/pengundi yang mempunyai perangai dan latar belakang yang berbeza. Ternyata memang sangat mencabar. Antara peristiwa yang saya ingat adalah sewaktu calon BN sedang merayu undi, tiba-tiba hadir seorang lelaki India menyorong ibunya yang duduk di atas kerusi roda. Katanya: “Saya undi BN juga, ini ibu saya pun undi BN juga. Mana itu bantuan?”. Beliau memprovok kami sambil memegang bendera kecil BN tanda beliau ‘penyokong BN’. Apabila…

  • Bicara Siasah,  Perspektif

    Manifesto Itu Bukan Satu Perjanjian?

    Seorang rakan saya berkata : “Kau memang pandai tarik minat orang untuk baca blog kau-lah Jamal”. Beliau berkata sedemikian kerana beliau tertarik dengan kaedah yang saya gunakan untuk menarik orang lain membaca tulisan saya khususnya apabila saya menulis tentang kisah seram. Meletakkan gambar hantu yang menakutkan dan menarik perhatian, menulis dengan cara yang seram (walaupun tidak seram sebenarnya) dan ‘menggantung cerita’ (Cliff Hanger) supaya pembaca mengakses blog saya untuk mengetahui kesudahan kisah tersebut telah menarik perhatian beliau untuk berkata seperti itu. Saya berkata pula kepada teman saya itu : “Kalau aku gunakan gambar perempuan seksi dan tajuk yang mengghairahkan, pasti lagi ramai yang akan membaca blog aku!”. Share