Posts Tagged ‘durban’

DURBAN Episod 2 : MUZIK ADALAH HARAM?

UNIC di Radio Al-Ansaar, Durban dalam rancangan BREAKFAST bersama DJ Farhaat

[SAMBUNGAN EPISOD 1]

DJ Farhaat mendengar satu persatu lagu di dalam album yang saya berikan kepadanya.

“Emm.. Satu lagu pun tak boleh dimainkan di radio”, katanya dengan hampa.

“Kenapa?”,saya bertanya.

“Ulama di sini mengatakan muzik adalah haram. Di radio memang tak boleh pasang lagu yang bermuzik, kalau di luar OK sahaja”, kata Farhaat.

Farhaat adalah seorang penyampai radio Al-Ansaar yang berpusat di West Road Overport, Durban. UNIC ditemuramah dalam rancangan BREAKFAST pada pagi itu yang dikelolakan oleh Farhaat sendiri. Temuramah itu berkisar tentang pengalaman, perasaan dan sejarah UNIC.

Read More »

DURBAN Episod 1 : HADIAH DARI AFRIKA SELATAN

Di North Beach, Durban South Africa

Sebaik sahaja pulang dari Negara jauh bersama UNIC saya berasa bersalah.

“Balik dari Afrika takkan tak ada buah tangan apa-apa ke?”, seorang rakan bertanya kepada saya.

Saya benar-benar rasa bersalah kerana tidak dapat memberi apa-apa buah tangan kepada mereka. Perasaan ini sudah saya rasakan di Afrika lagi kerana di sana sangat sukar untuk mendapatkan cenderahati dan cenderahati yang ada kebanyakkannya adalah ukiran patung-patung dari puak Zulu!

Read More »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...