• Bicara Siasah,  Perspektif,  Rencah

    Adakah Rakyat Terima Kamera AES?

    Saman ekor atau Speed Trap sudah lama diperkenalkan di Malaysia. Cuma kamera Speed Trap yang biasa ini dikelolakan oleh PDRM dan bersifat Portable, kejap ada kejap tak ada mengikut jadual operasi yang dijalankan oleh pihak Polis. Kebiasaannya, kita dapat melihat kamera ini selalunya dipegang sendiri oleh pegawai Polis di tepi atau di tengah pembahagi jalan. Jika ada pun kamera Speed Trap (biasa) yang statik dan 24 jam, hanya beberapa tempat sahaja yang diletakkan kamera tersebut dan jumlah saman yang perlu dibayar selalunya sebanyak RM150 dan boleh lebih murah ketika musim diskaun apabila diberikan oleh PDRM. Share