• Ulasan Buku

    ULASAN : DEBU-DEBU KOTA 1000 MENARA

      “Dan aku, persis debu-debu sahara itu. Yang bermusim, tetap setia berteman angin lalu. Lantas mengemis cinta di menara-menara harapan. Menagih segeluk mutiara ilmu-tinggalan pewaris anbiya’Mu” Alhamdulillah. Saya berpeluang untuk menghabiskan bacaan Buku “Travelog Debu-Debu Kota Seribu Menara” karya penulis muda yang berbakat besar, Ustaz Farid Rashidi. Usahanya menulis di blog membuahkan hasil. Saya yakin buku ini akan menjadi kenangan bagi beliau. Tahniah Ustaz! Saya belum pernah menjejakkan kaki ke bumi Anbiya. Setakat ini hanya mampu untuk mendengar, melihat melalui gambar dan membaca! Terasa di dalam hati untuk ke sana, melawat makam para Nabi, Sahabat dan para syuhada’ untuk mengambil ibrah dalam pengorbanan mereka. Ternyata, pembacaan buku ini membawa saya…