• Imam Muda Musim Ketiga,  Review

    Medan IM3 Ep. 3 : Kes Lari Dari Rumah

    [Sumber : Website Rasmi Imam Muda] Mendengar luahan, keluhan serta perasaan merupakan salah satu aspek terpenting dalam pengendalian sesebuah Sesi Kaunseling. Sebagai seorang imam, pemimpin dalam sesebuah masyarakat, menjadi pendengar yang terbaik adalah salah satu keperluan dalam sesebuah sesi kaunseling. Begitulah antara tugasan yang perlu 10 Imam Muda ini lalui untuk minggu yang ketiga. Sebelum itu, mereka telah menuju ke Masjid Al-Ihsan Bukit Baru, Melaka untuk tugasan wajib mereka, pengendalian masjid. Dalam tugasan kali ini, Imam Muda Omar diberi tugasan untuk membaca Khutbah Jumaat manakala Imam Muda Fariz diberi tugas untuk menyampaikan Tazkirah. Imam Muda Omar yang pertama kali menyampaikan Khutbah Jumaat dibantu oleh Imam Muda Hafiz yang banyak pengalaman…

  • Imam Muda Musim Ketiga

    Medan IM3 Ep. 1 : Tak Kenal Maka Tak Cinta

    TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Sebelum pergi dengan lebih jauh, eloklah kita mengimbas dahulu wajah-wajah Imam Muda Musim Ketiga dengan menekan link ini. Dalam Medan Imam Muda Musim Ketiga Episod yang pertama, tiada sebarang isu dan tema yang dibincangkan. Ianya hanya berkisah tentang diri dan masalah Imam Muda sendiri. Tema yang dipilih pada kali ini ialah Komunikasi Kekeluargaan, justeru Imam Muda juga tidak terlepas daripada terlibat dengan isu-isu yang dibincangkan ini. Share