• Bicara Siasah,  Dakwah,  Motivasi,  Perspektif

    Dalam Ibadah Ada Adatnya

    DALAM IBADAT ADA ADATNYA? HA? ———————— Nabi suruh kita MAKAN sebelum pergi sembahyang raya. Orang Islam di India makan capati, orang Islam di Arab makan tamar, kita di Malaysia makan ketupat & rendang. Ibadatnya MAKAN, bukan apa yang dimakannya. ———————— Nabi suruh kita pakai PAKAIAN TERBAIK di hari raya tanda meraikan kemenangan Syawal. Orang Islam di Arab pakai Jubah, orang Islam di India pakai kurta, kita di Malaysia pakailah Baju Melayu siap bersampin. Ibadatnya PAKAIAN TERBAIK, bukan apa yang dipakainya. ———————— Nabi suruh MULIAKAN TETAMU. Di Arab sembelih kambing seekor untuk jamu tetamu makan. Di Malaysia bolehlah sembelih ayam sebab tak semua tetamu makan kambing. Ibadatnya MULIAKAN TETAMU, bukan apa…