• Bicara Siasah,  DOKTOR UMUM,  Perspektif,  Tongkat Bangsaku

    Flashmob, Malas & Sara Hidup

    Saya sebenarnya meluat dengan flashmob. Kata “rakyat membantah”, tapi bila tengok muka. Emmm.. Orang yang sama juga, parti yang sama juga. Orang seperti ini memang sentiasa tak berpuas hati. “Orang naik kape terebang, awok dalam selimut”. Kita ini terlalu manja, tidak seperti Jepun. Di Jepun apabila rakyatnya rasa tertekan dengan kos sara hidup, mereka akan MENAIKAN daya usaha mereka. Para pekerja semakin kuat bekerja, daya kreativiti semakin tinggi. Lepas produktiviti dan untung syarikat naik, lepas tu barulah mereka buat flashmob suruh naikan gaji. Bayangkan kalau orang Jepun pemalas, mungkin Hiroshima Nagasaki masih belum dimajukan lagi! Kita di Malaysia ni pemalas. Semua nak hidup dalam keadaan selesa dan sama sepanjang waktu,…