• Bicara Siasah,  Review

    100 Hari PAKATAN Memerintah Selangor, Apa Yang Baharu?

    Oleh : Budiman Mohd Zohdi PENULIS ialah ADUN Sungai Panjang yang juga Setiausaha ADUN BN Selangor. PADA Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), sejumlah 2 juta pengundi di Selangor telah turun ke pusat-pusat mengundi. Mereka telah membuat keputusan parti mana yang membentuk kerajaan di Selangor pada 5 Mei lalu. Semua telah mengetahui keputusannya. Ia tidak memihak kepada Barisan Nasional (BN), sebaliknya puak pakatan yang berjaya membentuk kerajaan apabila memenangi 44 kerusi dengan pecahan 15 (Pas), 15 (DAP) dan 14 (PKR). Pada PRU-13, pakatan gagal mempertahankan kerusi Kota Damansara dan Bukit Malawati. Namun mereka berjaya menawan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dusun Tua, Sabak, Taman Templer, Tanjung Sepat, Paya Jaras, Sri Serdang, Kuala…