• Info,  Motivasi,  Perspektif

    Kalau Aku Kaya, Bahagia Ke?

    Semasa saya mengikuti sebuah sesi motivasi, penceramah itu bertanya kepada seorang peserta ; “Apa yang kamu nak dalam hidup ini?”. Lantas peserta itu menjawab ; “Nak jadi kaya.” Betul juga, ramai yang nak jadi kaya dalam hidup ini. Soalan yang sama beralih kepada peserta lain. Jawapannya ; “Saya nak sebuah keluarga yang bahagia.”. Yang lain menjawab ; “Nak beli kereta besar, rumah besar, bini ramai!”. Hadirin ketawa dengan jawapan “bini ramai”. Bukankah itu impian kebanyakan lelaki? Soalan “Apa yang kita nak dalam hidup ini?” begitu subjektif. Jawapannya semua betul tidak ada yang salah. Ada juga yang menjawab ; “Apa yang saya nak dalam hidup ini adalah masuk syurga selepas mati.”…