• Bayan,  Kisah Sahabat,  Kisah Teladan

    APABILA TERINGAT NAK MAKAN KEBAB!

    Pertama kali saya menjejakkan kaki ke sebuah Restoran Arab membuatkan saya begitu teruja. Kebanyakkan menu yang tertera memeningkan kepala, terlalu banyak nama menu yang pelik-pelik. Akhirnya hanya satu sahaja menu yang saya kenali. Ianya adalah Kebab! Lalu saya memesannya. “Ha! Kebab dah sampai! Apa lagi, makan-makan”, rakan saya mempelawa. Kebabnya agak asing bagi saya. Maklumlah saya adalah salah seorang rakyat Malaysia yang tidak pernah melihat dan merasai menu kebab yang sebenar daripada negara Arab. Kita di Malaysia kebabnya di masukkan ke dalam roti pita (mungkin cara lain penyediaan kebab), Kebab Arab pula dicocok dengan sebatang besi dan dibentuk bulat-bulat seperti chicken ball. Share