• Bayan,  Dakwah

    BILA AGAKNYA KITA BERJAYA?

    Ahmad mendapat keputusan UPSR yang baik, Ahmad menganggap beliau sudah berjaya. 5A! Siapa yang tidak bangga? Guru-guru memuji, ayah dan ibu gembira, ditambah pula dengan tawaran melanjutkan pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh yang terbaik. Ternyata, kejayaan sudah dimiliki! Di sekolah itu, kehidupan yang baru perlu dilalui oleh Ahmad. Pembelajaran perlu diteruskan. Guru-guru bersungguh-sungguh mengajar, Ahmad pula tekun belajar. Akhirnya, PMR 8A! PMR sudah berjaya, kejayaan ini tersemat di dalam koleksi sijil-sijil Si Ahmad. Selepas itu, perjuangan untuk SPM pula diutamakan. Belajar dan terus belajar. Akhirnya penat lelah bersama guru dan rakan-rakan membuahkan hasil. SPM juga lulus dengan cemerlang! Share