• Nasyid,  Review

    KOLEKSI ALBUM NASYID YANG NOSTALGIA

    “Jamal.. Pinjam kaset nasyid kau. Aku nak dengar la”, rakan saya bernama Ajay meminta izin untuk meminjam kaset nasyid simpanan saya. “Nah.. Pilihlah. Nanti pulak balik! Hehe..”, saya memberi izin sambil membuka laci loker saya yang tersimpan himpunan album-album nasyid yang saya kumpul. Peristiwa itu telah 4 tahun berlalu. Ketika itu saya masih di bangku sekolah (SBPI Sabak Bernam) sewaktu tingkatan 5 di sekolah berkenaan. Setiap hujung minggu adalah satu masa yang saya nanti-nantikan, kerana waktu hujung minggu adalah masa untuk para pelajar keluar ‘Outing’ ke pekan Sungai Besar. Setiap kali Outing, pasti ada misi yang perlu dicapai! Share