• Perspektif,  Rencah,  Tinta ADMIN

    Pendatang Asing Ambil Alih Malaysia?

    Sebelum stesen bas Klang Sentral di Meru beroperasi, stesen bas ekspres terdekat terletak di Bandar Klang. Selalunya saya akan mengambil bas ke Klang dari Pulau Pinang untuk pulang ke kampung halaman, Kuala Selangor. Daripada stesen bas Klang, saya perlu menaiki bas lompat-lompat bernama Park May atau City Liner untuk sampai ke rumah. Kalau tak silap saya ketika itu tahun 2007 atau 2008. Saya dapat merasakan bahawa saya sedang berada di LUAR NEGARA. Hanya seorang dua sahaja rakyat Malaysia di dalam bas City Liner berkenaan. Yang lainnya PENDATANG ASING memenuhi bas tersebut. Seperti ORANG ASING. Tiada bahasa Melayu yang kedengaran, semuanya bahasa Bangla yang saya tidak fahami. Sebelum menaiki bas, adakalanya…