• Bicara Siasah,  DOKTOR UMUM

    Peminat Tun Mahathir Dan Pemuja Mahafiraun

    Saya mulakan artikel pertama untuk tahun 2018 dengan satu kisah lucu, sekurang-kurangnya lucu kepada diri saya. Sebelum ini saya tidak pernah terfikir, bagaimana Dato’ Seri Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam penjara pada tahun 1998 oleh Dr. Mahathir ketika itu Perdana Menteri dan keluar pada tahun 2018 pun masih orang yang sama sebagai Perdana Menteri. Saya percaya sebenarnya ramai yang bingung tentang hal ini iaitu untuk apa perseteruan 20 tahun lalu antara mereka berdua jika kesudahannya orang yang sama akhirnya bekerjasama. Dalam ucapan Anwar baru-baru ini sering menyebut ayat “perjuangan 20 tahun kita berhasil” adalah untuk siapa sebenarnya? Laungan Undur Mahathir Negara Ok (UMNO) suatu masa dahulu untuk apa? Tidak masuk…