• Dakwah

    HILANG SYUKUR DALAM ‘KEMISKINAN’

      “Aku memang tak puas hati kenapa harga gula naik 20 sen! Zalim!”, jerit Bidin (bukan nama sebenar) di kedai mamak. Perasaan tak puas hati membara. Teh Tarik yang diminumnya naik harga! Naik kira-kira 20 sen. Hairannya, mengapa harga teh tarik naik harga sedangkan susu pekat yang digunakan, dan bukannya gula. Peniaga mengambil kesempatan. Akhirnya kerajaan juga menjadi bahan rungutan dan bukannya peniaga yang mengambil kesempatan. Duit banyak, tetapi seperti orang yang miskin semiskin-miskinnya. Selepas minum Teh Tarik, Bidin terus menuju ke kereta Estimanya. Kebetulan di sebelah keretanya terpangkir sebuah BMW X6. Berderau darahnya melihat kereta mewah itu. Share