• Bicara Siasah

    Untuk Aman, Semua Perlu Diambil Tindakan

    Ketegangan dan permusuhan antara kaum boleh dielak jika penguatkuasaan diambil segera dan menyeluruh TANPA PILIH BULU. Bukan pertama kali insiden huru-hara terjadi di Malaysia. Peristiwa 13 Mei dan Ops Lalang membuktikan bahawa krisis perkauman memuncak dan dapat diselesaikan dengan pihak yang terlibat diambil tindakan. Kita perlu mengambil pengajaran daripada sejarah terdahulu. Iaitu JANGAN BERI KEBEBASAN KEPADA SEMUA ORANG UNTUK BERSUARA. Bila semua dah boleh bercakap, tunggulah saat kehancurannya. Orang Yang Bukan Ahli dalam satu bidang memandai-mandai memberi ulasan dan akhirnya KEKELIRUAN menjadi-jadi di kalangan rakyat. Bangsa mana yang tidak marah jika sensitivitinya dimarakkan. Maka, kita perlu menghormati setiap hak orang lain. Tiada niat di hati ini menghapuskan etnik yang lain.…