• Kisah Teladan,  Perspektif,  Rencah

    Penerangan Musafir Di Tempat Orang

    Sahabat saya salah seorang bekas pelajar di Yaman. Katanya, duduk di negara Yaman tidak terasa perlukan duit sangat, tapi bila pulang ke tanah air, banyak guna duit. Kenapa? Saya jawab; Bila kita di luar negara, kita ni MACAM Mat Indon, Mat Bangla yang ramai dekat Malaysia ni. Jarang pulak dengar Mat Bangla buat demo sebab tertekan pasal kos sara hidup, padahal gaji mereka lebih sedikit daripada gaji minimum Malaysia. Orang Asing ni kurang komitmen, tak bayar duit kereta, duduk kongsi-kongsi, guna kenderaan awam. HANYA fikir kerja, kerja, kerja. Hal keluarga kurang fikir. Asalkan dapat makan, kira ok. Kalau duduk negara sendiri, kita ada banyak komitmen. Keluarga ada di sini, kenderaan…