• Bicara Siasah,  Dakwah,  Tongkat Bangsaku

    Kerana Islam Adalah Agama RASMI

    Orang Melayu terkenal dengan tolak ansurnya. Kita berjaya mengekalkan keharmonian dengan cara memberi ruang kepada bangsa atau agama lain mengamalkan agama mereka secara bebas. Kerana itulah rakyat Malaysia tidak kira agama berasa selamat untuk beribadat mengikut ajaran agama masing-masing. Malaysia meletakkan ISLAM sebagai agama RASMI PERSEKUTUAN. Sudah nama pun rasmi, maka pasti ada HAK dan KEISTIMEWAAN yang tersendiri. Kita dapat melihat, banyaknya program keagamaan Islam di televisyen, forum perdana secara terbuka, sekolah agama, dan kita mempunyai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan jabatan-jabatan agama Islam di setiap negeri. Malah, kerajaan juga boleh menggunakan duit perbendaharaan negara untuk menggajikan guru-guru J-QAF atas permintaan Majlis Raja-Raja Melayu manakala Masjid dan AJK menerima…