• Perspektif

    Hutan, Kertas & Nilai Sentimental

    1. Saya sempat menonton National Geographic berkenaan kemusnahan hutan, katanya sebanyak 28 ekar hutan ditebang setiap hari di seluruh dunia. Makna kata, jika perkara ini berterusan, hutan yang musnah, sebesar negara Greece setiap tahun. 2. Kemusnahan hutan disebabkan DUIT dan KEPERLUAN. Jika hutan tidak ditebang, sukar untuk kita mendapat bekalan kayu untuk sektor pembinaan, pembuatan kertas yang digunakan sehari-harian dan macam-macam lagi keperluan. Kawasan-kawasan penempatan yang baharu perlu dibuka untuk menampung keperluan perumahan manusia yang semakin bertambah, oleh itu hutan perlu ditebang. 3. Salah satu cara untuk kita menyumbang kepada PENGURANGAN penebangan hutan adalah meminimumkan penggunaan kertas. Penggunaan kertas dilihat masih tinggi terutamanya di pejabat-pejabat, surat khabar dan bahan bacaan.…