• Bicara Siasah,  Info,  Kisah Teladan,  Tongkat Bangsaku

    HUSSEIN ONN : PENYELAMAT KRISIS BERAS 1973

    Pada awal tahun 1973, Malaysia mengalami krisis beras yang meresahkan semua pihak. Ketika itu, Malaysia bergantung kepada import beras asing sebanyak 10 hingga 20 peratus atau 100,000 hingga 200,000 tan setahun yang diperolehi dari negara Thailand dan China. Krisis ini mula berlaku apabila Kerajaan Thailand melarang pengeksportan beras keluar dari negara mereka dan mengenakan kouta sebanyak 3,900 tan untuk dijual kepada Malaysia sedangkan keperluan negara untuk Semenanjung Tanah Melayu sahaja adalah sebanyak 30,000 tan beras dalam tempoh masa tertentu. Krisis ini sebenarnya melibatkan seluruh dunia apabila negara-negara pengeluar beras dunia seperti Thailand, Indonesia, India dan Bangladesh mengalami cuaca kemarau dan ribut taufan melanda negara Filipina. Ditambah pula dengan kemerosotan 10…