• Bicara Siasah,  Info,  Perspektif,  Rencah,  Tinta ADMIN

    MAHATHIR, ANWAR & KETUA UMUM PKR

    Menyorot kembali peristiwa 13 Mei 1969, Dr. Mahathir mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman yang gagal mengawal perpaduan kaum melalui sepucuk surat terbuka yang mencetuskan fenomena politik ketika itu. Akibat peristiwa itu, Dr. Mahathir dipecat daripada UMNO pada 26 September 1969 dan hidup bersendirian di rumahnya bersama keluarga sehingga dapat menyiapkan sebuah buku yang berjudul “The Malay Dilemma” yang membicarakan tentang ekonomi, politik dan cadangan-cadangan penambahbaikan taraf hidup Bumiputera. Apa yang menarik untuk direnungi bersama, Dr. Mahathir tidak menubuhkan mana-mana parti politik untuk kepentingan diri beliau sendiri walaupun dipecat oleh UMNO. Sebelum itu, negara sudah mempunyai sejarah wujudnya Parti Negara yang diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar akibat ideanya membuka keahlian kepada…