• Bicara Siasah

    Perlukah Ahli UMNO Ke PPBM?

    1. Seorang kenalan saya berkata, orang Melayu perlu semuanya menyertai parti politik Melayu yang sedang berkuasa sebagai kerajaan untuk merealisasikan kepentingan orang-orang Melayu. 2. Saya sebenar dapat menghidu niat sebenarnya adalah bertujuan untuk mengajak seberapa ramai orang Melayu terutamanya ahli UMNO untuk menyertai PPBM. 3. Saya katakan kepadanya bahawa kita orang Melayu sudah perlu mengubah cara kita berfikir dalam berpolitik. Apakah tindakan melompat parti semata-mata mahu kekal berkuasa dan sentiasa menjadi kerajaan satu tindakan yang wajar? Bagi saya, bagi mereka yang mengejar kedudukan dan pangkat, serta mengejar kebendaan keduniaan amat sesuai berbuat sedemikian. 4. Kita perlu belajar dari cara orang Cina berpolitik. Bilangan orang Cina yang benar-benar menyertai parti politik…