• Bicara Siasah,  Perspektif

    Jauh Sungguh PAS Dari Kemenangan Islam

    1. Saya terbaca status di Facebook seorang rakan : “Allah tangguhkan kemenangan Islam di Kuala Besut. Kami redha kami kalah, tetapi kami tak redha dengan penipuan BN,”. Sebelum hari pembuangan undi, saya juga terbaca sebuah status : “Pihak yang HAK(PAS) akan menang di Kuala Besut, yang TAGHUT(UMNO) pasti akan kalah!”. 2. Keputusan PRK Kuala Besut sudah diumumkan. BN diisytiharkan menang di kawasan itu. Kemenangan diiringi dengan syukur oleh jentera yang terlibat. Formula 16:16 berjaya ditolak dan formula 17:15 masih kekal di Terengganu. Orang Pas berkata 16:16 dapat membentuk sebuah kerajaan yang harmoni, tetapi saya tidak bersetuju dengan perkara tersebut kerana 16:16 memang nampak seimbang tetapi sejarah telah membuktikan bahawa ‘kestabilan’…

  • Bicara Siasah,  Perspektif

    PAS : Menang Dalam Slogan Acuan Sendiri

    Apa yang ditulis mereka adalah benar. Nabi pernah bersabda bahawa Islam akan bangkit di akhir zaman dari sebelah timur, tetapi saya tidak pasti pula ada hadis berbunyi begitu : “HADIS NABI : ISLAM AKAN BANGUN DARI ARAH TIMUR.. MALAYSIA BAKAL BERUBAH..”? Jika menulis, biarlah beradab lebih-lebih lagi menulis tentang hadis Nabi wahai sahabatku. Saya tidak pasti adakah PAS sedang lemas dalam perjuangan mereka? Setiap hari saya memerhati dan membaca status-status penyokong Pas yang saban hari membantai UMNO dan menulis ayat-ayat perjuangan Islam, tetapi lemah apabila berhadapan dengan kafir daripada PKR dan DAP. Sudah terlalu banyak untuk ditunjuk tentang kelemahan PAS dalam mempertahankan Islam apabila dibangkitkan oleh DAP. Pas hanya dilihat…

  • Bicara Siasah,  Perspektif

    BN Kena Pandai Tempelak, Hentam

    SURUHANJAYA Pilihan Raya menetapkan hari ini berlangsung penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Besut, Terengganu manakala 13 hari selepas itu – 24 Julai sebagai hari pengundian. Dalam pertandingan ini yang sudah mengesahkan bertanding ialah calon daripada Barisan Nasional (BN) dan Pas. BN menyandarkan harapan kepada anak tempatan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman, 37, seorang jurutera awam dari Jabatan Pengairan dan Saliran, manakala Pas mempertaruhkan Endot@Azlan Yusof, 48, seorang kontraktor. PRK Kuala Besut akan memperlihatkan UMNO dan BN benar-benar sudah bersedia dengan pasukan propagandanya atau tidak. Share