• Rawatan Islam,  Review,  Tinta ADMIN

    Website Team Al Afiah Dilancarkan!

    Saya pernah menulis beberapa artikel tentang seorang pengamal perubatan Islam iaitu Ustaz Nabil Bin Mahathir Al-Hafiz. Rujuk SINI. Sambutan untuk mendapatkan rawatan menerusi blog ini sangat menggalakkan. Oleh itu, Ustaz Nabil bergerak satu langkah ke hadapan dengan mewujudkan laman web, Facebook dan Twitternya yang tersendiri. Dengan ini kami memperkenalkan Laman Web terbaru kami, TEAM AL AFIAH! (http://team-alafiah.blogspot.com/) Share

  • KEMBARA,  Rawatan Islam,  Review

    Si “Celik” Di Teluk Cempedak

    Di hujung sana kelihatan seorang lelaki sedang dipimpin sahabatnya. Berjalan di atas laluan pejalan kaki yang dibina khas menyusuri pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Lelaki itu seorang buta, harus dipimpin oleh seorang pembantu bernama Sam. Saya bersama mereka ke Teluk Cempedak Kuantan untuk menikmati keindahan alam. Kunjungan kami ke Kuantan adalah untuk menemankan Ustaz Nabil Mahathir merawat pesakitnya di sana. Ustaz Nabil, seorang yang buta matanya namun diberi banyak kelebihan oleh Allah. Kita sering melihat kelibat seorang buta yang bertongkat bersama seorang perempuan, menjual tisu dan meminta sedekah di kedai-kedai makan dan di tepi bank. Tetapi bersama Ustaz Nabil, lain pula kisahnya. Share