Website Team Al Afiah Dilancarkan!

Jemput ke laman web Team Perubatan Al Afiah

Saya pernah menulis beberapa artikel tentang seorang pengamal perubatan Islam iaitu Ustaz Nabil Bin Mahathir Al-Hafiz. Rujuk SINI.

Sambutan untuk mendapatkan rawatan menerusi blog ini sangat menggalakkan. Oleh itu, Ustaz Nabil bergerak satu langkah ke hadapan dengan mewujudkan laman web, Facebook dan Twitternya yang tersendiri.

Dengan ini kami memperkenalkan Laman Web terbaru kami, TEAM AL AFIAH! (http://team-alafiah.blogspot.com/)

Continue reading

Si “Celik” Di Teluk Cempedak

Ustaz Nabil & En. Sam di Teluk Cempedak

Di hujung sana kelihatan seorang lelaki sedang dipimpin sahabatnya. Berjalan di atas laluan pejalan kaki yang dibina khas menyusuri pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Lelaki itu seorang buta, harus dipimpin oleh seorang pembantu bernama Sam.

Saya bersama mereka ke Teluk Cempedak Kuantan untuk menikmati keindahan alam. Kunjungan kami ke Kuantan adalah untuk menemankan Ustaz Nabil Mahathir merawat pesakitnya di sana. Ustaz Nabil, seorang yang buta matanya namun diberi banyak kelebihan oleh Allah.

Kita sering melihat kelibat seorang buta yang bertongkat bersama seorang perempuan, menjual tisu dan meminta sedekah di kedai-kedai makan dan di tepi bank. Tetapi bersama Ustaz Nabil, lain pula kisahnya.

Continue reading

Ayat-Ayat Ruqyah Syar’iyyah Ustaz Nabil

Album Ayat-Ayat Pendinding Daripada Gangguan Makhluk Halus

Masalah diganggu makhluk halus tidak pernah sunyi dari kehidupan kita. Sebagai buktinya, pusat perubatan Islam tumbuh bagaikan cendawan dan semakin mendapat sambutan daripada masyarakat.

Di zaman moden ini, manusia semakin terdesak untuk bersaing untuk mendapat kedudukan yang tinggi sehingga sanggup menggunakan sihir untuk menjatuhkan musuh.

Al-Quran adalah penawar yang tiada tandingan. Ayat-ayat yang ada di dalam Al-Quran adalah mujarab kepada masalah gangguan makhluk halus ini. Insya-Allah. Sebagai hebahan, sebuah album bacaaan Ustaz Nabil Al-Haifz yang disusun khas sebagai ayat pendinding diri daripada gangguan makhluk halus telah berada di pasaran.

Continue reading

Guna Air Merawat Penyakit Kronik (KISAH BENAR)

Air Penawar Al Afiah - Gambar Hiasan

“Puan, kanser yang puan hidapi sudah semakin teruk. Kita kena buat pembedahan segera untuk selamatkan puan”, kata doktor kepada Kak Pah (bukan nama sebenar).

“Ada cara lain ke doktor untuk buang kanser ni?”, tanya Kak Pah kepada doktor.

“Tak ada Kak Pah, kena bedah”, jawab Doktor.

“Beri saya masa untuk berubat cara kampung, Doktor”

“Baiklah, tapi kena segera, kalau tidak akan jadi lebih teruk”, doktor memberi amaran.

Kak Pah disahkan mempunyai kanser di rahimnya. Jika kansernya dibuang maka peluang untuk memperolehi cahaya mata akan tutup buat selamanya. Kanser itu juga boleh membahayakan dirinya jika tidak dibuang dengan segera.

Continue reading

RAWATAN PENYAKIT GANGGUAN JIN (KISAH BENAR)

KLIK UNTUK PAPARAN YANG LEBIH JELAS

“Macam-macam cara saya dah cuba, tapi semua tak berkesan. Gangguan pula makin bertambah buruk. Beribu-ribu duit dah melayang, Ustaz”, keluh seorang pesakit.

“Akak berubat macam mana?”, Ustaz Nabil bertanya kepada pesakit itu.

“Bila saya rasa kedai dan rumah saya ada gangguan, saya terus jumpa dengan seorang bomoh untuk minta bantuan ‘pagar’kan kedai saya. Dia bagi paku dan minyak wangi”, kata pesakit.

Continue reading