• Bicara Siasah,  Rencah,  Tongkat Bangsaku

    Resepi Pemimpin Korup & Pengambil Kesempatan

    1. UMNO sering dicop sebagai korupsi, kenapa? Kerana Umno adalah parti pemerintah yang mempunyai kuasa meluluskan projek yang kecil ataupun besar. Buat apa masuk parti pembangkang, kerana mereka tidak ada apa-apa yang boleh diberikan (projek) kepada penyokong mereka. Lantas, ramailah yang berpusu-pusu masuk Umno kononnya pejuang Umno tetapi sebenarnya hanya pengambil kesempatan. 2. Itu sebelum 2008. 3. Telahan saya mungkin benar, apabila kerajaan BN tumbang di Selangor, terlalu ramai pemimpin Umno (terutama kontraktor) keluar Umno dan menyertai PKR. Kata mereka Umno rasuah dan sebagainya, namun sebenarnya merekalah yang membuat onar semasa di dalam Umno dahulu. Tinggallah Umno yang busuk namanya dan pemimpin itu menubuhkan ranting/cabang PKR di kawasan mereka. Diperhatikan,…