• Bicara Siasah,  Buku Aku Juga Rakyat,  Rencah

    Pilih Hang Tuah Atau Hang Jebat?

    Pada pandangan mata kasar dan kebiasaan gerakan politik dan masyarakat di dunia; gerakan gerila, demonstrasi jalanan, rapat umum, dan tangkapan ketua reformis oleh pihak berkuasa adalah satu ‘perjuangan tulen’. Maka, tidak hairanlah jika ramai yang berkata bahawa Hang Jebat adalah benar kerana melawan pemerintah (Sultan Melaka). Mogok, membunuh dan cubaan merampas kuasa adalah lambang ‘perjuangan tulen’ Hang Jebat seperti yang dianuti oleh sesetengah golongan. Al-Kisah Tuanku Sultan Melaka murka dengan Hang Tuah kerana dituduh bermukah dengan dayang istana yang juga kekasih Tuah bernama Melor. Sebenarnya, Hang Tuah telah terperangkap dengan permainan Dato’ Pateh Karma Wijaya yang cemburu dengan prestasi Tuah kerana disayang oleh Sultan berbanding Dato’-Dato’ yang lain. Share