• Bicara Siasah,  Tongkat Bangsaku

    Saya Bangga Menjadi Melayu, Saya Bukan Orang Arab

    Saya dengan rendah diri ingin memberitahu bahawa saya BANGGA MENJADI MELAYU. Walaupun arwah atuk saya bernama J.Kumar (dalam IC ditulis Jacomah), seorang Benggali yang berasal daripada Dhaka, Bangladesh. Manakala arwah nenek pula berasal daripada Jawa Barat Indonesia, namanya Yem Binti Wongsotarno. (Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya). Di sebelah ibu, kami berketurunan Jawa dan ada sikit-sikit darah Siam. Sebelum merdeka, British tidak memanggil orang Melayu sebagai Melayu. Jika kamu orang Kedah, akan dipanggil Kedahan. Jika kamu orang Kelantan, kamu akan dipanggil Kelantanese dan jika berasal dari Johor akan dipanggil Johorian. British mengamalkan dasar Pecah Dan Perintah supaya orang Melayu tidak bersatu dan kekal dengan semangat KEKITAAN negeri yang menebal.…