• Bicara Siasah,  Dakwah

    PRU 13 : Tegur Bukan Menghina (Siri 1)

    Saya tidak memikirkan saya Wanna Be Candidate, apatah lagi menjadi seorang Winnable Candidate ketika ini. Namun, cerita politik menjadi perkara yang membuatkan saya tertarik untuk berbicara tentangnya. Maklumlah, PRU semakin dekat dan “Ibu Segala PRU” ini menghidangkan pelbagai cerita yang ‘menarik’ dan mencabar. Saya mahu kongsikan rasa terkilan saya terhadap sikap segelintir mereka termasuk rakan-rakan saya apabila berbicara tentang apa itu Melayu dan Islam. Melayu itu adalah BANGSA dan Islam itu adalah AGAMA. Saya fikir semua orang maklum perkara ini. Saya juga berfikir bahawa semua orang maklum tetapi tidak semua orang yang memahami. Politik adalah kuasa. Kuasa menentukan dasar dan halatuju sesebuah negara. Orang Melayu sejak merdeka dahulu menguasai bidang…