• Bicara Siasah,  Kisah Teladan,  Motivasi,  Perspektif

    Songkok, Nokia, Uber Dan Jatuh Bangun Kerajaan

    Dalam sejarah dunia, sebuah kerajaan yang berkuasa beribu tahun pun akhirnya akan tumbang juga. Tidak kiralah kerajaan itu Islam ataupun bukan Islam. Kerajaan Nabi Sulaiman walaupun dipimpin oleh seorang Nabi kekasih Allah SWT, tidak kekal selamanya. Begitu juga kerajaan Babylon yang hebat, akhirnya Rajanya tumbang hanya kerana seekor nyamuk yang kecil. Itulah yang mahu ditunjukkan oleh Allah SWT yang Maha Berkuasa dan kekal selama-lamanya. Satu per satu diceritakan di dalam Kalam Allah iaitu Al-Quran tentang jatuh bangun sesebuah kerajaan, semoga kita mengambil iktibar tentang hukum Allah SWT. UMNO, diiktiraf sebagai sebuah parti politik demokrasi paling lama di dunia yang memerintah sebuah negara. Selepas menang sepanjang 13 penggal tanpa putus, akhirnya…