• Dakwah,  KEMBARA,  Kisah Teladan

    Kita Hadir Ke Tanah Haram, Atas Jemputan-Nya

    Dalam senarai 5 rukun Islam yang diwajibkan kepada setiap manusia yang mengakui ke-Esaan Allah SWT dan Muhammad S.A.W itu Rasul-Nya, rukun terakhir mempunyai sesuatu yang istimewa. Ternyata, rukun dan kewajiban mengerjakan haji tidak semua umat Islam mampu melakukannya. Istilah “mampu” bukan hanya bermaksud mempunyai banyak wang, tetapi istilah mampu itu adalah “jemputan” daripada Allah SWT untuk datang ke Mekah, dan pasti Allah SWT akan mencukupkan segalanya. Sewaktu sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah, saya sempat berbual dengan seorang warga emas yang turut serta dalam kumpulan kami. Nenek ini berasal dari Kuala Langat dan sempat berseloroh dengan kami bahawa di Malaysia beliau mempunyai 82 orang anak! Terkejut mendengarnya!…